Pada mulanya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kita masih bernafas dan meghirup nikmat Allah yg tidak ternilai ini..
Pada mulanya terdetik di hati ana untuk menulis entry tentang peluang kedua ini setelah ana mengetahui tentang kisah seorang hamba Allah yg telah diberi peluang kedua dan sangat menarik perhatian ana untuk dikongsikan bersama dan ianya juga sebagai pengajaran dan peringatan untuk kita bersama..
Setelah itu, ana lebih mengerti dan lebih memahami apa yang sering menjadi permintaan dan meniti di bibir-bibir umat manusia tentang peluang kedua..
Peluang kedua biasanya akan hadir apabila kita merasai kegagalan, kekecewaan, kesedihan, kedukaan.. Tapi adakah kita benar-benar menggunakan peluang kedua itu? Benar-benar memahami kah kita?
Biasanya, apabila kemalangan yg teruk berlaku, kematian pasti bermain difikiran kita semua.. Tetapi, kemalangan yang menimpa seorang hamba Allah ini berlaku di Bukit Tagar pada tarikh 14 Mei.. Kemalangan ini jika dilihat, ramai yang akan menyangkakan hamba Allah ini pasti meninggal ditempat kejadian.. Tapi kuasa Allah swt, jika belum tiba masanya, maka belum lah.. anda boleh lihat sendiri dengan klik pada link ini.. http://m.youtube.com/watch?v=WRIT5SBGr7Q
Menurut ana, ini mungkin yang dikatakan Ma'unah iaitu Pertolongan Allah kepada manusia biasa untuk menyelamatkan mereka daripada sesuatu malapetaka atau bencana seperti contoh, terselamat dalam nahas.. Allahuakbar.. dan adakah ini juga yg dikatakan seolah-olah Allah memberi peluang kedua kepada kita untuk memperbaiki segalanya.. bukan ana nak kata mangsa dalam kemalangan ini tak baik, bukan begitu.. tapi husnu zon (bersangka baik) dan menjadikan kisah tersebut sebagai peringatan serta pengajaran untuk ana dan kalian semua..
Siapa sangka hamba Allah tersebut masih bernafas sehingga ke hari ini.. kisah kejadian yg menimpa kepada seorang hamba Allah ini benar-benar memberi peringatan dan pengajaran buat ana agar sentiasa membuat perkara yg diredhai oleh Allah ..
Kerana mati is at anytime dan kematian itu pasti..
Gambar ini juga menyedarkan ana dan ana juga mula terfikir, adakah ia juga berkait dgn yang tadi? Wallahu'alam.. tu semua perancangan Allah swt.. husnu zon sahaja wahai sahabatku semua..
Di sini ana lampirkan beberapa keping gambar hamba Allah tersebut dan tidak sama sekali niat untuk memalukan mana2 pihak, hanya sekadar untuk peringatan untuk diri ana juga..
Hamba Allah: Yang Terpuji, bijak dan cerdik (Maksud nama hamba Allah)
Gambar terkini hamba Allah itu.. Alhamdulillah, dia masih bernafas dan berusaha menjadi seorang mukmin yg sejati..
Ana doakan hamba Allah ini terus kekal di bawah lindunganNya dan istiqamah dalam setiap penghijrahannya malah sihat walafiat dan tetap tabah dalam mengharungi kehidupan.. biarpun ada yang kurang, tapi biar lah kurang di mata manusia tapi special di mata Allah.. :')
P/s: Sedangkan Allah juga memberikan peluang kedua kepada hambanya, inikan pula kita sebagai hamba yg kerdil lagi hina.. ada kalanya tidak mampu untuk memberi peluang kedua tersebut kepada orang lain.. :'(
Sumber Gambar: Hamba Allah (Yang terpuji, bijak dan Pandai)




No comments:
Post a Comment